Kita selalu diingatkan oleh pelbagai pihak supaya jangan lupa untuk bersedekah. Banyak orang berfikir sedekah itu berupa wang semata-mata. Sebenarnya sedekah tidak semestinya wang. Kita mengambil botol minuman yang dibuang di taman mainan dan membuang ke dalam tong sampah juga adalah sedekah.
Di Mekah, sepasang jemaah haji dari Jepun pada tahun 2018 mengutip sampah sepanjang laluan mereka ke tempat ibadah Masjidil Haram.
Kita sering diberitahu oleh banyak pihak seolah-olah sedekah itu terhad kepada wang semata-mata sedangkan sedekah itu luas pengertiannya termasuklah tenaga, fikiran, tulisan, nasihat dan sebagainya. Didiklah diri kita dan orang lain untuk bersedekah seperti disebutkan di atas.
No comments:
Post a Comment