Pepatah mengatakan, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih." Daya bermaksud jalan dan dalih bermakna alasan. Cuba kita ingat kembali tentang sikap kita pada masa lalu iaitu adakah tergolong dalam kumpulan orang suka mencari jalan atau alasan.
Sekiranya bersikap mencari jalan bererti kita harus mengekalkannya. Amalan ini baik kerana itu merupakan ciri utama untuk kita berjaya. Bersikap suka mencari jalan selalunya dapat memenuhi matlamat atau janji dibuat dengan seseorang. Setiap halangan atau masalah yang timbul akan dicari jalan untuk mengatasinya demi mencapai matlamat atau janji itu.
Berlainan pula dengan sikap orang yang suka mencari alasan. Kita sentiasa mencari pelbagai alasan apabila tidak berjaya mencapai sesuatu matlamat atau janji. Kita akan menjadikan alasan itu sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh pihak yang terlibat itu. Sikap ini harus tanpa disedari bukan sahaja akan menjadi penghalang untuk berjaya bahkan juga ditakuti akan menjadikannya sebagai amalan hidup kita.
Sejarah telah membuktikan mereka yang berjaya adalah orang yang sentiasa mencari jalan untuk mencapai matlamat bukannya mencari alasan.
Sejarah telah membuktikan mereka yang berjaya adalah orang yang sentiasa mencari jalan untuk mencapai matlamat bukannya mencari alasan.