Setiap kejayaan yang kita kecapi diikuti dengan perasaan gembira dan ceria. Kejayaan diraikan berdasarkan kejayaan yang sudah ditetapkan oleh pihak lain seperti masyarakat dan negara. Contohnya berjaya dlm peperiksaan, sukan, kerjaya, percintaan, bisnes atau penganugerahan.
Untuk mencapai sasaran itu kita terpaksa menunggu masa yg lama dan belum tentu lagi semuanya akan berhasil. Jika inilah yang kita tunggu bererti dlm setahun hanya berapa kali shj yg dapat menikmati kejayaan dan kegembiraan. Itu pun kalau berhasil.
Sebenarnya kita tidak perlu menunggu kejayaan yang dicipta oleh pihak lain sahaja tetapi kita juga boleh menciptakan sendiri kejayaan. Antaranya seperti amanah. Katakan kita merupakan seorang pegawai tinggi dalam sebuah agensi kerajaan. Kita berhadapan dengan dua pilihan iaitu sama ada menaikkan pangkat staf yang layak tetapi mempunyai hubungi peribadi yang kurang baik ddengan kita atau staf yang tidak layak tetapi mempunyai hubungan peribadi yg baik dgn kita.
Katakan kita berjaya membuat keputusan yg tepat walau pun berat iaitu kita memilih staf yg layak. Hasilnya kita meraikan kejayaan itu. Contoh lain seperti kita berhasil mengemas rumah, membaca atau menulis buku, masak makanan sedap, membaiki kereta rosak dan sebagainya.
Setiap kali kita berjaya kita boleh meraikan bersama keluarga atau kawan-kawan. Kita boleh perbanyakkan kejayaan yang kita cipta sendiri dan tidak perlu menunggu kejayaan ciptaan pihak lain yang mengambil masa lama. Melalui cara ini kita mampu mencipta kejayaan setiap hari atau minggu atau bulan. Setiap kejayaan itu kita boleh meraikan mengikut kemampuan kita sendiri. Kita akan dapat merasakan kebahagiaan setiap kali kita meraikan kejayaan.
Kenapa kita perlu meraikan kejayaan setahun sekali atau sehari drp 365 hari pada hal kita boleh melakukannya sebanyak lebih daripada 20 kali dalam setahun untuk membahagiakan diri kita.
No comments:
Post a Comment