Semakin kita mendekati Tuhan semakin rajin kita melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangNya. Jika kita selalu memikirkan sifatNya, kita akan dapat merasakan kehidupan yang lebih ceria. Allah bersifat maha kuasa, maha penyayang, maha adil dan maha pengampun.
Apabila kita mendekatNya dengan tulus, Allah akan dekat dengan kita. Sebaliknya kita harus berhati apabila rapat dengan manusia kerana ditakuti kita akan berantung kepada manusia sehingga boleh menjatuhkan darjat kita sebagai manusia. Misalnya kita sebagai pegawai tinggi di sebuah jabatan sanggup memikul beg golf pegawai berpangkat rendah dari jabatan lain yang bertanggungjawab dengan kenaikan pangkat.
Mencintai Allah tidak wujud perasaan takut akan kehilangan sesuatu bahkan boleh bertambah lagi rahmat dan nikmatNya. Berbeza dengan mendekati dan merapati manusia boleh menjadikan kita sentiasa khuatir dan takut akan kehilangan sesuatu yang dikawal oleh manusia yang kita dekati itu.
Allah menyukai orang yang beriman dan bertakwa dan tidak suka orang yang tidak ikhlas.
No comments:
Post a Comment