Kalau kita sudah berkeluarga dan mempunyai beberapa orang anak tidak ada siapa yang berani berkata bahawa kesemua anaknya itu akan berpuas hati seratus peratus dengan kita. Apakah punca yang menyebabkan ana-anak tidak tidak berpuashati dengan ibu bapa. Biasanya kita akan menemui jawapan dalam dua aspek iaitu:
Pertama, mereka tidak berpuas hati kerana kita sering menasihatkan mereka supaya rajin belajar, buat kerja rumah, mengemas rumah, berbaik-baik dengan adik beradik, tidak meninggalkan solat, menghormati orang tua, berjimat-cermat, tidak ponteng sekolah, dan perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada mereka.
Kedua, mereka tidak puashati dengan kita kerana kita suruh mereka rajin tetapi kita malas, kita suruh mereka jangan ponteng sekolah tetapi kita sering tuang kerja, kita suruh mereka jangan menbazir tetapi kita banyak habiskan wang untuk perkara yang tidak berfaedah, kita suruh mereka adil tetapi kita selalu pilih kasih, kita suruh mereka jaga amanah tetapi kita selalu terima rasuah.
Jika disebabkan aspek pertama, kita tidak perlu berubah kerana tujuan adalah baik. Akan tetapi jika disebabkan aspek kedua, kita perlu berubah supaya anak-anak kita akan menghormati kita sama ada sewaktu kita masih ada atau sebaliknya.
No comments:
Post a Comment